Skip to main content

Sudah pastinya peminat siri permainan God Of War kenal siapa itu Cory Barlog dari Santa Monica Studio yang mana beliau terkenal dengan penglibatan pembangunan siri permainan God Of War. Pada 2007 lepas, beliau juga bertanggung jawab sebagai pengarah permainan God Of War II yang dilancarkan di konsol Playstation 2.

Sebelum ini, kami juga melaporkan berkenaan penglibatan beliau bersama pengarah filem Mad Max, iaitu George Miller. Kini, setelah pelancaran permainan God Of War yang berlangsung hari ini, Cory Barlog berkongsi satu video khas dimana beliau bereaksi secara langsung apabila skor ulasan permainan God Of War dimuat-naik oleh pengulas permainan di Metacritic pada 12 April lepas.

Seperti yang anda tonton di video di atas, reaksi beliau adalah sangat mengujakan sehingga membuat beliau menangis selepas mengetahui nilai skor Metacritic permainan God Of War mencapai 93 markah pada asalnya. Namun setelah beberapa saat kemudian, skor tersebut meningkat kepada 94 markah sekaligus membuat beliau lebih terharu.

Hasil daripada markah tersebut sememangnya memberi kesan yang memberansangkan buat beliau memandangkan mereka mengambil masa 5 tahun untuk membangun permainan tersebut. Beliau juga menyatakan terima kasih kepada seluruh pasukan pembangun permainan tersebut di Santa Monica Studio dengan sokongan mereka sepanjang pembangunan permainan tersebut.

Video ini juga memberi kesan kepada kami, bukan sahaja sebagai pengulas permainan video, malah sebagai peminat permainan video dimana kita perlu sentiasa ingat akan setiap titik peluh permainan yang dihasilkan oleh pembangun, sememangnnya adalah hasil semangatkan mereka ketika mereka membangun permainan tersebut.

Kami sendiri di Aksiz memberi markah yang tinggi buat permainan tersebut dan menyatakan ia sememangnya permainan God Of War terbaik yang pernah kami mainkan. Bagi anda yang berminat untuk membaca dan menonton ulasan penuh God Of War, anda boleh melayari pautan ini.

Leave a Reply