God of War Mungkin Tidak Berlaku Tanpa Pengarah Mad Max

Permainan God of War akan dikeluarkan pada 20 April nanti, berdasarkan ulasan yang diterima termasuk ulasan kami sendiri boleh dikatakan permainan ini merupakan wajib untuk dibeli kepada pemilik Playstation 4.

Hari ini melalui satu temubual pengarah God of War Cory Barlog berterima kasih kepada George Miller iaitu pengarah filem Mad Max kerana memberikan inspirasi untuk penceritaan God of War.

Pada tahun 2008, Cory Barlog dan George Miller bekerjasama untuk menghasilkan permainan Mad Max tetapi projek tersebut dibatalkan sebelum studio yang mengeluarkan Just Cause mengeluarkan permainan Mad Max pada tahun 2015 dan George Miller mengeluarkan filem Mad Max pada tahun yang sama.

Menurut Cory Barlog, beliau mungkin tidak akan mencuba untuk membangunkan God of War terbaru ini jika tidak bekerja dengan George.  Sebelum bekerja dengan George, beliau merasakan bagai orang rabun membaca buku tanpa memakai kaca mata.

Dengan bekerja dengan George Miller, beliau mula memahami mengapa sesuatu drama berlaku dan juga bagaimana konflik memainkan peranan penting untuk pembangunan sesuatu watak.

Melalui ulasan kami, penceritaan God of War dilakukan dengan sangat baik dan kami memberikannya markah penuh. Kami juga sangat menyukai penceritaan Mad Max oleh George Miller gabungan ini sudah semestinya sesuatu yang baik dan kami berharap mereka akan bekerjasama untuk menghasilkan permainan baru.

Sohor Kini