Informasi Permainan Video Terkini
Kostum Iron Spider Dari Infinity War Tertiris – Bakal Tiba Di Permainan Marvel’s Spider-Man

Kostum Iron Spider Dari Infinity War Tertiris – Bakal Tiba Di Permainan Marvel’s Spider-Man

Diterbitkan pada Apr 13, 2018 oleh .

Minggu lepas, Insomniac Games dan Sony akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan Marvel’s Spider-Man iaitu pada 7 September ini secara esklusif di Playstation 4. Ketika pengumuman tersebut, Insomniac Games memperacahkan sebilangan kostum, termasuklah kostum pertama iaitu Spider-Punk.

Kini tampaknya, kostum kedua buat permainan tersebut tertiris di internet yang mana permainan tersebut, akan mendapat kostum khas Iron Spider daripada filem Avenger’s Infinity War yang bakal dipertayangkan penghujung bulan ini.

Walaupun begitu, sumber asal tertirisan tersebut telah pun dipadam dimana ia secara sengaja tertiris oleh akaun Twitter Marvelous Realm yang mana mereka memuat-naik video khas trailer bagi kostum tersebut secara tidak sengaja.

Buat masa ini, dua kostum telah dikenal pasti iaitu kostum Spider-Punk yang diumumkan bersama pengumuman tarikh permainan tersebut bersama kostum Iron Spider.

Marvel’s Spider-man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif akan dikeluarkan pada 7 September 2018.


TIPS & ULASAN