Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Terbaru Avengers: Infinity War Dipertontonkan Oleh Marvel Studios – Bakal Ditayang 27 April Ini

Trailer Terbaru Avengers: Infinity War Dipertontonkan Oleh Marvel Studios – Bakal Ditayang 27 April Ini

Diterbitkan pada Mac 17, 2018 oleh .

Bagi anda yang menanti filem terbaru Avengers, Marvel Studios hari ini baru sahaja berkongsi trailer terbaru Avengers: Infinity War yang mana mereka memaparkan sebilangan adegan-adegan yang bakal terdapat di dalam filem tersebut.

Sebelum ini, ketika trailer acah pertama filem tersebut, watak-watak Guardians Of The Galaxy hanya dipaparkan pada akhir trailer dimana kali ini, mereka tampaknya menjadi fokus utama bagi trailer terbaru ini. Pada permulaan trailer tersebut juga Gamora berucap berkenaan watak Thanos bersama-sama dengan Iron Man.

Avengers: Infinity War merupakan filem adiwira oleh Marvel Studios dan ia merupakan filem sekuel kepada Avengers: Age Of Ultron yang dipertayangkan pada 2015 lepas. Filem ini juga merupakan filem yang ke-19 buat siri Marvel Cinematic Universe dan ia bakal ditayangkan seluruh dunia pada 27 April ini.

Bagi anda yang meminati siri filem Marvel Cinematic Universe, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini bermula bulan hadapan.