Seperti laporan kami berdasarkan pengumuman oleh Game Informer, akhirnya tarikh pengeluaran untuk permainan Marvel’s Spider-Man yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif diumumkan iaitu 7 September 2018.

Selain itu, Insomniac Games juga berkongsi rekaan paparan depan untuk permainan ini dan juga mengumumkan permainan ini akan mempunyai tiga edisi iaitu Standard Edition, Digital Deluxe Edition dan The Collector Edition.

Standard Editon akan dipasarkan pada harga $59.99 (RM232) yang hanya mengandungi permainan ini manakala bagi Digital Deluxe Edition yang akan dijual pada harga $79.99 (RM309) selain daripada permainan, anda juga akan mendapat penambahan penceritaan yang akan dikeluarkan sebagai siri DLC Marvel’s Spider-Man: The City That Never Sleeps yang akan diumumkan secara lebih terperinci kelak. Edisi ini hanya ditawarkan secara digital.

Jika anda pengumpul, sudah semestinya anda akan berminat dengan The Collector’s Edition yang akan dijual pada harga $149.99 (RM580) yang mengandungi kesemua kandungan daripada Digital Deluxe Edition bersama dengan bekas besi yang mempunyai logo lelabah putih. Buku seni yang dikeluarkan oleh Titan Book dan juga figura Spider-Man yang direka oleh Gentle Giant anda boleh melihat rekaan figura melalui gambar di bawah tetapi mereka mengatakan rekaan tersebut adalah bukan rekaan akhir. Kami akan mengemaskini senarai harga apabila harga rasmi untuk pasaran Malaysia diumumkan.

Untuk yang pra-tempah permainan ini secara fizikal ataupun digital anda akan mendapat tiga kostum untuk Spider-Man iaitu Spider-Punk dan dua akan diumumkan kemudian, selain itu anda juga akan mendapat gajet Spider-Drone(alatan di dalam permainan), avatar untuk PSN dan juga tema PS4 yang direka khas oleh pelukis komik Adi Granov.

Kami sangat tidak sabar untuk menjadi Spider-Man, bagaimana dengan anda?

Sohor Kini