Informasi Permainan Video Terkini
Acara The Encounter 1964 Kini Tiba Buat Metal Gear Survive – Berpeluang Untuk Bertempur Shagohod
PC

Acara The Encounter 1964 Kini Tiba Buat Metal Gear Survive – Berpeluang Untuk Bertempur Shagohod

Diterbitkan pada Apr 10, 2018 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman acara khas Metal Gear Solid 3: Snake Eater bakal tiba buat permainan Metal Gear Survive, Konami kini akhirnya melancarkan acara tersebut secara rasmi dengan menyertakan sebilangan kandungan tambahan buat permainan tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, acara tersebut akan menyertakan sebilangan kelengkapan bertemakan MGS3: Snake Eater iaitu antaranya adalah kostum khas Naked Snake dan EVA. Berikut adalah senarai penuh barangan yang bakal tiba bersama permainan tersebut.

  • Gerakan “You’re pretty good.”
  • Avatar cat muka: Green
  • Avatar cat muka: Black
  • Avatar cat muka: Splitter
  • Avatar cat muka: Woodland
  • Aksesori Ocelot Unit Beret
  • Aksesori Ocelot Unit Beret bersama Balaclava
  • Plat nama FOX
  • Plat nama PATRIOT
  • Plat nama Shagohod
  • Pita kaset “Takin’ On The Shagohod”

Selain itu juga, melalui akaun Twitter rasmi Metal Gear, tampaknya pemain juga berpeluang untuk bertempur dengan Shagohod iaitu kereta kebal nuklear yang terdapat di dalam permainan Metal Gear Solid 3: Snake Eater.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kandungan tersebut dan bertempur dengan Shagohod, anda hanya perlu memuat-turun kemaskini terbaru permainan tersebut bermula sekarang.

Metal Gear Survive merupakan permainan spin-off dimana ia memfokuskan watak askar daripada Motherbase dari Metal Gear Solid V: Ground Zeroes. Ia juga adalah permainan Metal Gear yang pertama dikeluarkan oleh Konami selepas Hideo Kojima meninggalkan Konami pada Disember 2015 yang lepas. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh membacanya disini.