Konami hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara khas buat permainan pertahan hidup, Metal Gear Survive pada 10 April ini bersama kemaskini sebilangan barangan baru.

Acara khas yang diumumkan adalah acara bertemakan permainan Metal Gear sebelum ini, iaitu Metal Gear Solid 3: Snake Eater yang mana Konami akan menyertakan sebilangan kandungan bertemakan permainan tersebut seperti kelengkapan, cat muka dan sebagainya. Menariknya, kemaskini tersebut juga tampaknya akan menyertakan kostum khas Naked Snake bersama kostum Eva.

Menurut Konami, acara tersebut akan dinama The Encounter 1964 dan pemain boleh menyertainya untuk mendapatkan sebilangan Battle Points (BP) untuk ditebus dan digunakan untuk mendapatkan barangan kostum bertema MGS3 tersebut.

Metal Gear Survive merupakan permainan spin-off dimana ia memfokuskan watak askar daripada Motherbase dari Metal Gear Solid V: Ground Zeroes. Ia juga adalah permainan Metal Gear yang pertama dikeluarkan oleh Konami selepas Hideo Kojima meninggalkan Konami pada Disember 2015 yang lepas. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh membacanya disini.

Sohor Kini