Informasi Permainan Video Terkini
Mineski Menjuarai DAC 2018 – Membawa Pulang Wang Hadiah Sebanyak RM1.4 Juta

Mineski Menjuarai DAC 2018 – Membawa Pulang Wang Hadiah Sebanyak RM1.4 Juta

Diterbitkan pada Apr 8, 2018 oleh .

Mineski, pasukan e-sukan Dota 2, berjaya meraih juara kejohanan Dota 2 Asia Championship (DAC) 2018 dimana beberapa hari lepas kami melaporkan kejayaan mereka berjaya ke pusingan akhir kejohanan tersebut. Kejayaan ini juga meletakkan mereka sebagai pasukan pertama dari Asia Tenggara yang berjaya memenangi kejohanan Major Dota 2 yang berlangsung di Shanghai semalam.

Pasukan Mineski sebelum ini mendapat tajaan daripada AirAsia kini membawa pulang wang hadiah bernilai $370,000(~RM1.4 Juta) dan memperoleh 750 nilai Dota Pro Circuit (DCP) selepas mengalahkan pasukan LGD Gaming dengan skor 3-2.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan tahniah buat pasukan Mineski atas kejayaan mereka sekaligus membawa mereka pasukan tangga ke-empat dengan nilai 3150 DCP untuk kedudukan Dota Pro Circuit selepas Team Secret.