Mineski merupakan salah satu syarikat dan pasukan yang tidak asing lagi dalam arena e-sukan, terutamanya dalam permainan Dota 2. Hari ini, AirAsia, iaitu syarikat penerbangan tambang murah tempatan membuat kejutan dengan mengumumkan tajaan untuk pasukan Dota 2 daripada Mineski.
Sebelum ini sendiri, kita telah melihat Mineski dan AirAsia bekerjasama untuk beberapa perkara – dan mungkin pengumuman ini tidak mengejutkan ramai peminat e-sukan. Disamping tajaan ini, pihak AirAsia juga turut mempunyai pasukan dalaman tersendiri untuk e-sukan ini.
Dengan tajaan baru untuk Mineski ini, kita akan dapat melihat penggunaan logo AirAsia pada pelbagai bahan promosi pasukan Dota 2 daripada Mineski, termasuk pada jersi mereka.
Welcome to our family #AirAsiaMineski#AirAsiaEsports#AirAsia #Mineski #Esports #DaretoDream#ESLOneGenting2018#ESLOne#ESLDota#Dota2#RoadtoTI8 pic.twitter.com/AxUXLeNI6T
— Mineski Pro Team | TI9 (@MineskiProTeam) January 26, 2018