Informasi Permainan Video Terkini
Mineski Berjaya Ke Pusingan Akhir Buat Acara Dota 2 Major DAC 2018

Mineski Berjaya Ke Pusingan Akhir Buat Acara Dota 2 Major DAC 2018

Diterbitkan pada Apr 6, 2018 oleh .

Buat pertama kalinya, pasukan dari Asia Tenggara Mineski kini berjaya ke pusingan akhir buat acara Major Dota 2 bagi kejohan Dota 2 Asia Championship 2018 (DAC 2018) yang berlangsung minggu ini di Shanghai, China.

Mineski, dimana sebelum ini mendapat tajaan daripada AirAsia kini tampaknya tidak mengecewakan mereka dimana pasukan tersebut kini akan bertarung buat pusingan akhir DAC 2018 esok dan merebut wang hadiah bernilai $1 juta.

Melalui soroton perlawanan Mineski dan LGD Gaming, sememangnya bentuk permainan pasukan Mineski dimainkan dengan baik sekali sekaligus pasukan Mineski berjaya menewaskan LGD Gaming dengan skor 2-0.

Kami di Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah buat pasukan Mineski dan selamat maju jaya buat pusingan akhir yang bakal berlangsung esok.


TIPS & ULASAN