Ubisoft mengumumkan mereka akan terus menyedia sokongan untuk permainan Tom Clancy’s Ghost Recond Wildlands bagi tahun kedua melalui penawaran penambahan kandungan secara percuma untuk kempen dan juga Ghost War PvP.

Mereka merancang untuk mengeluarkan empat penambahan utama secara percuma yang dipanggil Special Operations, setiap penambahan ini akan mempunyai tema tersendiri, kemaskini untuk kempen PvE dengan memberikan misi dan cabaran baru yang memberikan ganjaran khas selain itu penambahan ini juga akan menambah kandungan untuk Ghost War 4×4 PvP.

Penambahan utama yang pertama iaitu Special Operation 1 akan dikeluarkan pada 10 April 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC yang mengandungi kebolehan untuk menggunakan barangan yang dimiliki oleh anda kepada rakan sepasukan, mod permainan baru iaitu Sabotage yang mempunyai 5 peta baru dan juga misi PvE terbaru.

Ghost Recon: Wildlands adalah permainan taktikal aksi penembak pandang pertama dunia terbuka yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia merupakan siri permainan Tom Clancy’s Ghost Recon yang ke-10 dan merupakan siri Ghost Recon yang pertama mempunyai sistem dunia terbuka. Dengan kemaskini Ghost War terbaru, pemain kini berupaya untuk bertempur dengan pemain lain secara berkumpulan 4v4. Pemain juga diberi pilihan untuk memilih tiga jenis kelas utama yang membahagi 12 jenis kelas kelengkapan untuk digunakan ketika bertempur.

Sohor Kini