Informasi Permainan Video Terkini
Pasukan E-Sukan Fire Dragoon Kini Dibubarkan

Pasukan E-Sukan Fire Dragoon Kini Dibubarkan

Diterbitkan pada Apr 6, 2018 oleh .

Pasukan e-sukan Fire Dragoon yang terkenal dengan pelbagai permainan e-sukan termasuklah League Of Legends dan FIFA Online 3 tampaknya kini dibubarkan setelah setahun bertapak sebagai sebuah pasukan.

Menurut kenyataan rasmi pasukan tersebut di Facebook, mereka akan membubarkan pasukan tersebut dan tidak akan menyertai sebarang kejohanan sepanjang tahun ini. Mereka juga mengucapkan terima kasih bagi kesemua pihak yang memberi sokongan secara rasmi mahupun tidak.

Walaubagaimana pun, mereka tidak menyatakan bahawa mereka akan kembali ataupun tidak pada masa akan datang, namun dengan acara kejohanan EA Champions Cup Spring 2018 dan League Of Legends Championship Spring 2018 yang berlangsung baru-baru ini tampaknya memberi kesan terhadap pasukan tersebut.

Walaubagaimana pun, kami di Aksiz ingin mengucapkan selamat maju jaya buat pasukan tersebut. Walaupun industri e-sukan sememangnya mencabar, kami percaya semangat yang terdapat di setiap ahli pasukan tersebut akan terus membawa mereka ke arena e-sukan pada masa akan datang.