Skip to main content

EA Champions Cup Spring 2018 merupakan kejohanan terbesar untuk permainan EA Sports FIFA Online 3 iaitu permainan sukan bola sepak yang dibangunkan oleh EA dan diurus oleh Garena. Kejohanan ini akan berlangsung bermula 31 Mac sehingga 1 April di Bangkok, Thailand.

Kejohanan ini akan disertai oleh 12 pasukan yang mewakili 7 negara (Thailand, Vietnam, Indonesia, Singapura, Malaysia, China, dan Korea) yang menawarkan hadiah kumpulan sebanyak $239,000 (RM934,000). 6 pemain terbaik iaitu dari 2 pasukan yang memasuki peringkat akhir akan layak untuk bertanding di EA SPORTS FIFA Global Series Playoff yang akan berlangsung pada Jun 2018.

Fire Dragoon (NiamaGa1, RippedJean, KaiZokuuu) akan mewakili Malaysia untuk kejohanan ini selepas memenangi Fantasy Cup: Road to Thailand yang berlangsung pada 24 dan 25 Februari lepas. Kami di Aksiz ingin mengucapkan semoga berjaya kepada Fire Dragoon.

Leave a Reply