Activision hari ini mengumumkan permainan pernambah-baikkan, Spyro Reignited Trilogy yang mana ia merangkumi siri permainan Spyro yang dilancarkan di konsol Playstation 1 pada 1998 lepas. Sebelum ini, permainan ini telah diura-urakan untuk dilancarkan tahun ini, kini akhirnya Activision mengumumkannya secara rasmi.

Seperti Crash Bandicoot N.Sane Trilogy, permainan ini akan menyertakan 3 siri permainan Spyro pertama iaitu Spyro the Dragon, Spyro 2: Ripto’s Rage! dan Spyro: Year of the Dragon. Menurut Activision, permainan tersebut akan dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One pada 21 September.

Permainan ini dibangunkan oleh Toys For Bob dimana mereka sebelum ini terkenal dengan permainan Skylanders dan juga bertanggung jawab untuk permainan Crash Bandicoot N.Sane Trilogy buat konsol Switch.

Selain penyertaan ketiga-tiga permainan Spyro, permainan ini juga mendapat pernaik-taraf dari segi grafik dan visual. Menurut pembangun permainan, mereka menyatakan permainan ini akan disertakan peningkat visual seni seperti perolahan animasi dan rekaan watak yang lebih menarik bersama kawalan permainan yang lebih lancar.

Sememangnya ini merupakan berita yang sangat mengembirakan buat peminat permainan platformer klasik ini ketika di Playstation 1 lepas yang mana kini, pemain di seluruh dunia dapat bermain semula permainan siri Spyro dengan visual yang lebih cantik di konsol generasi kini.

Sohor Kini