Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) Permainan Pernambah-Baikkan Spyro Trilogy Akan Dilancarkan Tahun Ini

(Ura-Ura) Permainan Pernambah-Baikkan Spyro Trilogy Akan Dilancarkan Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 14, 2018 oleh .

Permainan Spyro The Dragon yang mana terkenal di konsol Playstation 1 beberapa tahun lepas oleh Insomniac Studio, kini dilaporkan oleh Kotaku bahawa permainan tersebut akan dilancarkan secara pernambah-baikkan pada tahun ini.

Menurut laporan Kotaku, permainan tersebut akan dibangunkan seakan permainan pernambah-baikkan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy, yang mana ia akan menyertakan pernambah-baikkan dari segi visual dan mengekalkan bentuk permainan ini.

Permainan tersebut juga akan menyertakan tiga permainan Spyro The Dragon iaitu, Spyro The Dragon, Ripto’s Rage! dan Year of the Dragon bersama kandungan-kandungan baru yang dibuangkan ketika pelancarannya di Playstation 1 lepas. Ia juga akan dilancarkan di Playstation 4 dan juga menyokong pernaik-tarafan visual di Playstation 4 Pro. Menurut laporan tersebut, ia akan diumumkan secara rasmi pada Mac ini.

Tambahan juga, seperti ura-ura berkenaan permainan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy akan tiba di konsol lain, menurut laporan Kotaku, permainan Spyro The Dragon Trilogy juga akan dilancarkan secara esklusif bermasa bermula di Playstation 4 dan ia akan dilancarkan di konsol lain setahun kemudian.

Permainan pernambah-baikkan Spyro The Dragon Trilogy juga dilaporkan sedang dibangunkan oleh Vicarious Vision, iaitu pembangun yang sama yang membangunkan permainan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy. Memandangkan permainan Crash Bandicoot tersebut sangat menguntungkan, kami di Aksiz juga berasa Sony akan terus melancarkan permainan klasik yang dipernambah-baikkan seperti mana yang mereka sering lakukan sekarang buat permainan-permainan klasik Sony.

Walaubagaimana pun, pengumuman ini masih lagi belum diumumkan secara rasmi dan ia juga mungkin hanyalah sekadar ura-ura. Kami di Aksiz juga akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi tambahan berkenaan permainan tersebut.