Seperti sedia maklum permainan Marvel’s Spider-Man akan dikeluarkan pada 7 September 2018. Pelbagai maklumat seperti permainan ini tidak akan mempunyai mikro-transaksi dan kelancaran permainan dikunci kepada 30FPS turut dikongsi kan.

Berdasarkan lukisan konsep, perkongsian oleh Game Informer dan melalui video trailer berikut adalah senarai penjahat yang mungkin ada di dalam permainan ini – Mr Negative, Kingpin, Rhino, Scorpion, dan Vulture dan watak penjahat yang akan tiba melalui DLC ialah Black Cat.

Selain itu turut dikongsi kan adalah contoh aktiviti sampingan yang boleh dilakukan oleh pemain selain daripada penceritaan utama. Walaupun tidak mempunyai memburu belon seperti permainan Spider-Man 2 akan tetapi mempunyai aktiviti sampingan seperti menyerang outposts, menyelesaikan kes jenayah yang berlaku di bandar yang membolehkan pemain memasuki bangunan khas, mengambil gambar untuk Black Cat dan juga mematikan bom yang dipasang di bandar selain daripada berinteraksi dengan penduduk bandar New York. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini pemain akan mendapat barangan untuk meningkatkan kualiti gajet.

Marvel’s Spider-man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif akan dikeluarkan pada 7 September 2018.

Sohor Kini