September tahun lepas kami melaporkan yang The Lost Child akan dikeluarkan untuk Playstation 4 dan Playstation Vita pada tahun 2018 kemudian pada Februari tahun ini NIS America mengumumkan permainan ini akan turut dikeluarkan untuk Nintendo Switch.

Hari ini NIS America akhirnya mengumumkan yang The Lost Child untuk kesemua konsol di atas akan dikeluarkan bagi pasaran global pada 19 Jun 2018 secara digital dan fizikal kecuali untuk Playstation Vita yang hanya mendapat dalam bentuk digital sahaja.

Permainan pengembaraan Dungeon Crawler ini diarah oleh Sawaki Takeyasu iaitu pembangun permainan terkenal El Shaddai. Di dalam permainan The Lost Child, pemain akan mengawal watak Hayato Ibuki, seorang wartawan yang menemui kuasa malaikat dan syaitan dengan megembara dikawasan yang dipanggil Layers.

The Lost Child sudah dikeluarkan untuk Playstation 4 dan Playstation Vita bagi pasaran Jepun dan kami semestinya tidak sabar untuk mencubanya apabila dikeluarkan secara global nanti.

Sohor Kini