NIS America hari ini mengumumkan permainan oleh Crim dan Kadokawa Games, The Lost Child bakal tiba di Playstation 4 dan Playstation Vita pada 2018 ini.

Permainan pengembaraan Dungeon Crawler ini diarah oleh Sawaki Takeyasu iaitu pembangun permainan terkenal El Shaddai. Di dalam permainan The Lost Child, pemain akan mengawal watak Hayato Ibuki, seorang wartawan yang menemui kuasa malaikat dan syaitan dengan megembara dikawasan yang dipanggil Layers.

Disamping itu, NIS America juga mengumumkan edisi terhad permainan The Lost Child ini bakal tiba bersama muzik latar dan juga buku seni permainan tersebut. Anda boleh membuat pra-tempahan di kedai rasmi atas-talian NIS America sekarang dengan harga $59.99(~RM252)

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan The Lost Child yang dikatakan merupakan permainan pengganti El Shaddai oleh pembangun Sawaki Takeyasu.

Sohor Kini