Informasi Permainan Video Terkini
The Lost Child Untuk Switch Disahkan Oleh NIS America

The Lost Child Untuk Switch Disahkan Oleh NIS America

Diterbitkan pada Feb 21, 2018 oleh .

Jika sebelum ini kami melaporkan yang The Lost Child bakal tiba di Playstation 4 dan Playstation Vita pada tahun ini. Har ini NIS Americam mengesahkan yang The Lost Child turut dikeluarkan untuk Switch.

Permainan pengembaraan Dungeon Crawler ini diarah oleh Sawaki Takeyasu iaitu pembangun permainan terkenal El Shaddai. Di dalam permainan The Lost Child, pemain akan mengawal watak Hayato Ibuki, seorang wartawan yang menemui kuasa malaikat dan syaitan dengan mengembara dikawasan yang dipanggil Layers.

Apabila permainan ini diumumkan untuk Playstation 4 dan Playstation Vita sebelum ini ramai pemain terutama pemilik Switch bertanya adakah permainan ini akan turut dikeluarkan untuk Switch, akhirnya pertanyaan mereka terjawab.


TIPS & ULASAN