Informasi Permainan Video Terkini
AirAsia Mengambil-Alih Pasukan E-Sukan, Team Saiyan

AirAsia Mengambil-Alih Pasukan E-Sukan, Team Saiyan

Diterbitkan pada Mac 31, 2018 oleh .

Team Saiyan merupakan salah satu pasukan tempatan yang terkenal dengan kehebatan mereka dalam permua Mobile Legends. Mereka sebelum ini telah memenangi beberapa kejohanan dan turut mencuri perhatian pelbagai pihak untuk menaja mereka.

Kini, AirAsia bergerak pantas, dan telah pun mengambil-alih pegangan majoriti dalam pasukan Team Saiyan ini.

AirAsia Saiyan

Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini AirAsia telah menaja sukan bola sepak, dan kini turut melihat kepada arena e-sukan. AirAsia sedia mempunyai kelab e-sukan untuk pekerja mereka dinamakan AirAsia Allstars Esports Club.

Selain daripada itu, pada awal tahun ini, AirAsia turut menaja pasukan Mineski Pro Team yang terkenal dengan permainan Dota 2.

Mungkin lanjutan daripada tajaan AirAsia ini, kita akan melihat lebih banyak jenama lain yang turut mengikut jejak mereka.