Informasi Permainan Video Terkini
Team Saiyan Dari Malaysia Memenangi Mobile Legends (MSC Qualifiers Finals) – Membawa Pulang RM10,700

Team Saiyan Dari Malaysia Memenangi Mobile Legends (MSC Qualifiers Finals) – Membawa Pulang RM10,700

Diterbitkan pada July 31, 2017 oleh .

Pada penghujung minggu lepas, acara e-sukan Mobile Legends untuk MSC Qualifiers Finals telah diadakan – menyaksikan sejumlah pasukan tempatan memasuki dan bertanding untuk memenangi hadiah berjumlah RM42,810. Muncul sebagai pemenang pada acara berkenaan adalah pasukan dari Malaysia, Team Saiyan yang membawa pulang hadiah berjumlah RM10,700. Dua pasukan dipilih sebagai pemenang untuk acara berkenaan, dimana satu lagi pasukan yang turut membawa pulang wang berjumlah sama adalah dari Singapura, iaitu Team Impunity.

Mobile Legends

Pada acara e-sukan melibatkan permua yang diadakan buat julung kalinya di Malaysia ini, ia menyaksikan lebih 2100 peminat dari seluruh negara hadir selama 2 hari. Sebanyak 8 pasukan dari Malaysia, dan 7 pasukan dari Singapura bertanding satu sama lain untuk memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan.

Menawarkan hadiah berjumlah RM42,810, ia dibahagikan kepada sejumlah pemenang. Dua pemenang utama membawa pulang hadiah bernilai RM10,700 masing-masing, sementar tempat kedua dengan hadiah RM4280, dan ke tiga dan ke empat menerima RM2,100. Baki hadiah berjumlah RM2,100 dibahagikan kepada peserta lain yang menyertai pertandingan ini.

Dengan memenangi acara ini, Team Saiyan akan mewakili Malysia untuk acaraa 5 Nations Grand Finals tidak lama lagi.