Hello Games memperacahkan kemaskini terbaru buat permainan No Man’s Sky semalam dan pada masa yang sama mereka mengumumkan bahawa permainan tersebut bakal tiba buat konsol Xbox One. Kini, 505 Games, iaitu pengeluar permainan dibawah Digital Bros mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan permainan tersebut buat edisi fizikal.
No Man’s Sky merupakan permainan pengembaraan penembak pandang pertama yang memfokuskan dunia terbuka dimana pemain berupaya untuk mengembara di seluruh alam semesta dari planet ke planet. Asalnya permainan tersebut dilancarkan di konsol Playstation 4 dan PC sahaja. Kini ia bakal tiba di konsol Xbox One dan juga WeGame.
Sejak pelancarannya pada 2016 lepas, permainan tersebut mendapat sebilangan kemaskini dan kemaskini terakhir adalah ulang tahun pertama permainan tersebut iaitu pada Ogos tahun lepas dengan kemaskini Atlas Rise. Kini, Hello Games akhirnya mengumumkan kemaskini terbaru NEXT yang mana ia dirancang untuk dilancarkan tahun ini.
Menurut Sean Murray, pengasas Hello Games menyatakan bahawa kemaskini tersebut merupakan satu langkah penting buat permainan No Man’s Sky yang mana mereka membangunkannya khas buat komuniti permainan tersebut.
No Man’s Sky sudah dilancarkan buat konsol Playstation 4 dan PC melalui Steam 2016 lepas. Bagi versi Xbox One, ia akan dilancarkan pada tahun ini bersama versi fizikal yang akan dikeluarkan oleh 505 Games.