Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini 1.3 Atlas Rises Untuk No Man’s Sky Menyertakan Sejumlah Perkara Baru
PC

Kemaskini 1.3 Atlas Rises Untuk No Man’s Sky Menyertakan Sejumlah Perkara Baru

Diterbitkan pada Ogos 11, 2017 oleh .

Hari ini Hello Games, pembangun permainan No Man’s Sky telah mengumumkan kemaskini terbaru Atlas Rises sempena ulang tahun pertama untuk permainan tersebut. Ini merupakan kemaskini terbesar oleh Hello Games selepas kemaskini Pathfinder dan Foundation yang dilancarkan beberapa bulan yang lepas.

Kemaskini Atlas Rises akan menyertakan pelbagai ciri-ciri baru, antaranya termasuk:

  • Penaik-taraf Visual – Tekstur resolusi yang lebih tinggi
  • Penaik-taraf Galaksi – Urusniaga interstellar
  • Naratif Bercawangan – Isian penceritaan melebih 30 jam
  • Makhluk asing baru – Konteks penceritaan dua kali ganda
  • Kelengkapan dan senjata baru – Keupayaan untuk manipulasi rupa bumi
  • Portal teleportasi – Keupayaan untuk fast travel

Hello Games juga mengumumkan sistem misi baru, dimana pemain boleh membuat misi-misi yang disediakan disamping mendapatkan ganjaran yang lumayan. Pemain juga berupaya untuk bertempur di angkasa dan menerbangkan kapal angkasa secara rendah.

Kemaskini ini boleh dimuat-turun sekarang di Playstation 4 dan PC secara percuma.