Skip to main content

Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age baru sahaja dilancarkan pada tarikh 29 Julai minggu lepas di Jepun. Baru-baru ini juga Square-Enix mengumumkan versi global bakal dibangunkan dan dilancarkan sekitar tahun hadapan.

Hari ini, Famitsu mengumumkan permainan tersebut telah terjual sebanyak 2,080,806 unit sehingga kini. 1,130,468 unit daripadanya terjual di Nintendo 3DS dan 950,338 unit terjual di Playstation 4 dalam masa dua hari sahaja.

Square-Enix juga memberi kejutan kepada pemain yang menghabiskan permainan Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age dengan memberi permainan percuma, iaitu Dragon Quest yang pertama secara percuma di 3DS Eshop.

Pemain hanya perlu menghabiskan permainan Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age sambil berada di atas-talian, dan pemain akan berjumpa kata laluan untuk Spell Of Restoration. Kata laluan tersebut akan membawa pemain ke laman khas di Nintendo 3DS eShop dan pemain dapat memuat-turun permainan Dragon Quest yang pertama secara percuma dalam bentuk digital.

Leave a Reply