Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan PC Pada September Ini
PC

Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan PC Pada September Ini

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Square-Enix hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi versi global buat permainan JRPG terkenal, iaitu Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age dimana ia bakal tiba di Playstation 4 dan PC pada 4 September ini.

Permainan tersebut sebelum ini dilancarkan di Jepun pada tahun lepas yang mana ia mendapat pelbagia sambutan oleh peminat dan telah terjual melebihi 2 juta salinan buat versi Playstation 4 dan 3DS.

Selain daripada edisi terhad yang bakal dijual melalui kedai rasmi Square-Enix, mereka juga menyatakan bahawa bagi mereka yang membuat pra-tempahan buat versi Playstation 4, mereka akan menyertakan tema khas Playstation 4 “The Legend Reborn” dan juga kandungan permainan tambahan apabila ia dilancarkan kelak.

Dukacitanya, bagi versi Nintendo 3DS, Square-Enix tidak akan membawa versi permainan tersebut secara global. Namun, menurut mereka, versi Switch akan dibangunkan dan akan dilancarkan secara global pada masa akan datang.

Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age merupakan permainan Dragon Quest siri yang ke-11 yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Melalui versi global, Square-Enix akan menyertakan sebilangan kandungan baru seperti suara latar bahasa Inggeris, misi tambahan dan mod foto.

Bagi anda yang menanti siri terkenal JRPG Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya bermula 4 September ini.