Informasi Permainan Video Terkini
Sesi Temu Ramah Bersama Shinji Mikami Dan John Johanas Berkenaan Permainan The Evil Within 2

Sesi Temu Ramah Bersama Shinji Mikami Dan John Johanas Berkenaan Permainan The Evil Within 2

Diterbitkan pada Sep 25, 2017 oleh .

Ketika saya melawat ofis Tango Gameworks juga, saya berkesempatan untuk menemu-ramah Shinji Mikami, penerbit dan John Johanas pengarah permainan tersebut untuk mengetahui berkenaan permainan The Evil Within 2 dengan lebih mendalam.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui pandang pertama permainan The Evil Within 2, anda boleh ke pautan berikut. Bagi anda ingin membaca sesi temu ramah tersebut, berikut adalah beberapa soalan yang dikemukakan bersama jawapan mereka.

Apakah perubahan yang paling besar antara permainan The Evil Within yang pertama dan The Evil Within 2?

John : Antara perbezaan yang paling besar kami lakukan adalah saiz kawasan yang boleh diterokai oleh pemain dan juga keseimbangan dimana pemain dari kawasan yang seram ke kawasan yang selamat.

Adakah pemain boleh bermain The Evil Within 2 tanpa perlu bermain siri yang pertama untuk memahami penceritaannya?

Mikami : Ya.

John : Ya, anda boleh bermain permainan ini tanpa bermain permainan yang pertama.

Bagaimanakah proses pembangunan untuk membina sebuah permainan The Evil Within? Adakah anda memfokuskan penceritaan dahulu, atau bentuk permainan dahulu?

Mikami : Ia berbeza setiap permainan, seperti contoh dalam permainan Resident Evil 4, ia bermula dengan rekaan raksasa. Tetapi untuk The Evil Within 2, kami memfokuskan dengan penceritaan dahulu.

Apakah inspirasi anda untuk membuat permainan The Evil Within?

Mikami : Secara semula-jadi. Ia akan datang secara semula-jadi tanpa memaksa.

Menghubungkan permainan The Evil Within 1 dan The Evil Within 2, adakah ia anda sememangnya ingin menyambung penceritaan The Evil Within? Ataupun anda mahu menaik-taraf daripada permainan yang pertama?

Mikami : Sememangnya kami ingin menaik-taraf permainan daripada siri pertama. Pertama sekali kami membuangkan letterbox, selepas itu kami menaik-tarafkan penceritaan. Di dalam permainan sebelum ini, ia agak susah untuk dimain, kali ini kami memastikan apabila pemain mengambil tahap kesukaran yang mudah, pemain berupaya bermain dengan lebih senang. Manakala, untuk tahap kesukaran yang baru, kami membuat kawasan yang lebih terbuka dan pada masa yang sama kami memastikan ia masih lagi seram. Kami juga mengenalkan galeri menembak.

Di dalam permainan pertama, The Keeper merupakan musuh ikonik di dalam permainan pertama, adakah The Keeper bakal kembali atau kita mungkin akan berjumpa lagi musuh ikonik baru?

John : Kami mereka pelbagai musuh baru untuk siri kedua kali ini, dan terdapat beberapa musuh kami sudah mengumumkan ketika di trailer, dan juga musuh utama di dalam permainan tersebut, Stefano dan Theodore dimana mereka mempunyai intiti yang melambangkan personaliti mereka. Bagi mereka yang bermain permainan pertama, anda bakal menyaksi berapa-berapa adegan atau barangan yang akan mengingatkan anda dengan permainan pertama. Kami tidak boleh berkongsi lebih lanjut, tetapi kami pasti anda akan menemuinya jika anda bermain permainan ini kelak.

Realiti-maya dan permainan seram merupakan kombinasi yang sangat menarik, adakah anda bakal membawa siri permainan dengan pernambahan realiti-maya?

Mikami : Saya pun rasa realiti-maya dan permainan seram merupakan kombinasi yang sangat menarik. Kami juga berminat untuk membangunnya pada masa akan datang.

Bagi mereka yang mempunyai Playstation 4 Pro, adakah mereka bakal mendapat apa-apa pernambahan dari segi prestasi permainan?

John : Kami tidak boleh berkongsi banyak lagi berkenaan ini, kami akan umumkan pada masa akan datang.

Apakah 3 ciri utama permainan The Evil Within 2 bagi peminat siri permainan seram?

John : Pertama adalah penceritaan, kami membawa pengembaraan baru Sebastian dimana ia sesuatu yang baru untuk permainan seram. Kedua adalah keupayaan untuk meneroka. Mungkin ia akan memberi sedikit nostalgia bagi anda yang bermain permainan seram survival klasik. Dimana pemain boleh meneroka kawasan sambil menyelesai misteri permainan. Ketiga adalah kebebasan untuk anda bermain permainan ini. Kami memastikan anda boleh bermain permainan dengan pelbagai cara bentuk permainan seperti pemilihan senjata, bagaimana anda menaik-tarafkan kelengkapan anda dan kami berharap anda boleh bermain permainan ini dengan cara anda tersendiri lebih daripada permainan asal.

Apabila menghasilkan permainan seram yang dunia terbuka, ia terdapat beberapa risiko dari segi bentuk permainan menjadi kurang seram, bagaimana anda memastikan keseimbangan bentuk permainan tersebut?

Mikami : Kami akan membuatnya lebih menyeramkan.

John : Ia tidak terlalu dunia terbuka. Tetapi kami memberi lebih kebebasan untuk pemain. Kami juga memfokuskan bahagian yang menyeramkan akan menjadi lebih seram.

Bagaimana pula apabila misi sampingan tersebut akan memberi ketidak-seimbangan buat permainan dimana pemain akan menjadi lebih gagah daripada sepatutnya.

John : Ia sememangnya sesuatu yang sukar untuk mengimbangkan permainan apabila anda melakukan kesemua misi sampingan, tetapi pada masa yang sama kami ingin memberi ganjaran kepada pemain yang berjaya melakukan perkara tersebut. Tetapi kami sememangnya mengimbangkan permainan tersebut supaya pemain tidaklah begitu gagah dan pemain tidak merasa begitu senang.

Bagi permainan The Evil Within 2, adakah ia mempunyai penceritaan mendatar atau ia mempunyai pelbagai pengakhiran?

John : Ia tidak mempunyai pengakhiran yang berbeza, tetapi kami meletakkan pelbagai misi sampingan yang mempunyai beberapa kesudahan yang berbeza untuk setiap misi sampingan tersebut.

Adakah anda mempunyai sebarang rancangan untuk pernambahan DLC pada masa akan datang?

Mikami : Soalan itu adalah sangat bagus, untuk Bethesda. Kami tidak boleh mengumumkan apa-apa lagi. Maaf.

Anda dikenali sebagai “Bapa kepada permainan seram survival”, apakah siri manga, filem atau animasi yang anda mengesyorkan?

Mikami : Filem seperti Exorcist, Dawn Of The Dead, Aliens, Texas Chainsaw Massacre dan juga The Walking Dead.

Jika berpeluang untuk membangunkan siri permainan berdasarkan francais-francais tersebut, siri apakah yang anda berharap untuk memadaptasikan ke permainan video?

Mikami : Westworld. Siri TV Westworld sememangnya menarik, tetapi saya juga suka filem Westworld yang asalnya.

Di Asia Tenggara sangat terkenal dengan pelbagai cerita rakyat hantu dan juga aktiviti paranormal. Adakah anda berminat satu hari nanti untuk membangunkan permainan berdasar perkara tersebut?

Mikami : Saya sendiri belum pernah membangun permainan video yang berdasarkan hantu berdasarkan roh. Tetapi mungkin pada masa akan datang, kami berminat untuk mencubanya.

Gergaji merupakan salah satu senjata ikonik didalam permainan seram. Kami agak kecewa ketika bermain permainan pertama The Evil Within dimana gergaji tersebut hanyalah boleh digunakan untuk membuka rantai. Adakah didalam siri kedua permainan The Evil Within, kami berupaya untuk menggunakan senjata gergaji tersebut.

John : Anda perlu bermain permainan ini untuk mendapatkan jawapannya.

Bagaimana pula dengan Replaybility? Bagaimana pula dengan menaik-taraf karektor secara maksimum di playthrough yang pertama?

John : Sedikit sebanyak The Evil Within 2 seperti permainan asal The Evil Within. Kami menyertakan New Game+ dimana anda boleh bermain permainan ini sekali lagi, dengan membawa segala kelengkapan daripada playthrough sebelum. Terdapat juga beberapa barangan baru yang anda boleh gunakan untuk playthrough kedua. Anda juga boleh bermain permainan tersebut dengan tahap kesukaran yang lebih tinggi dimana pemain akan mendapatnya setelah menghabiskan permainan ini buat pertama kali. Anda juga tidak berupaya untuk menaik-taraf karektor secara maksimum ketika playthrough yang pertama. Sekaligus ia menggalakkan pemain untuk bermain berulang-kali.

Pada saat ini, adakah anda bakal menghasilkan lagi penceritaan Sebastian atau anda ingin menghasilkan satu universe penceritaan The Evil Within pada masa akan datang?

Mikami : Kami masih lagi belum berfikir untuk menghasilkan sekuel bagi permainan ini lagi.

Pada pendapat anda, apakah definisi untuk genre permainan seram survival?

Mikami : Pada masa dahulu, permainan aksi pengembaraan adalah satu genre, tetapi ia tidak lagi sekarang. Permainan seram survival pula adalah permainan memberi ganjaran kepada pemain. Kebanyakkan permainan seram sekarang, pemain tidak berupaya untuk menghapuskan musuh, tetapi bagi permainan seram survival pula ialah pemain berupaya untuk menghapuskan musuh. Walaubagaimana pun, permainan seram dimana pemain tidak dapat menghapuskan musuh adalah lebih terkenal sekarang.

John : Saya bersetuju dengan pendapat Mikami, sememangnya permainan seram survival meletakkan pemain di dalam keadaan yang susah, tetapi selalunya pemain berupaya untuk menghapuskan musuh dengan menaik-taraf senjata dan pelbagai lagi keupayaan yang diberi kepada pemain.