Bagi anda yang berminat untuk menembak sekumpulan Nazi, ini adalah peluang anda untuk mencuba permainan Wolfenstein II: The New Colossus dimana demo permainan tersebut kini dilancarkan secara percuma di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Demo permainan tersebut akan membenarkan anda untuk bermain keseluruhan bahagian pertama permainan tersebut. Tambahan juga, Bethesda Softworks menyatakan bagi mereka yang ingin membeli permainan tersebut, segala kemajuan daripada demo permainan tersebut boleh disambung jika anda membeli permainan tersebut secara penuh.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba permainan Wolfenstein II: The New Colossus yang dilancarkan 27 Oktober lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Demo Permainan Playstation 4 : Wolfenstein II: The New Colossus

Demo Permainan Xbox One : Wolfenstein II: The New Colossus

Demo Permainan PC : Wolfenstein II: The New Colossus

Sohor Kini