Informasi Permainan Video Terkini
Pembangun PUBG Mahukan Perlindungan Terhadap Masalah Permainan Mereka Yang Ditiru

Pembangun PUBG Mahukan Perlindungan Terhadap Masalah Permainan Mereka Yang Ditiru

Diterbitkan pada Dis 14, 2017 oleh .

Dua perkara yang hangat diperkatakan di dalam dunia permainan video tahun ini ialah Lootbox dan Battle Royale. Lootbox merosakkan permainan kerana membolehkan anda membeli barang untuk menang. Battle Royale pula ialah mod permainan yang semakin banyak ditiru selepas dipopularkan oleh PlayerUnknown’s Battlegrounds.

Brendan Greene, pencipta PUBG menyuarakan rasa kesal mod permainan beliau telah ditiru secara meluas menerusi temubual bersama BBC. Beliau mahukan perlindungan harta intelek di dalam permainan video dipertingkatkan bagi mengelakkan idea dicuri. Pada waktu yang sama beliau mahu melihat pembangun lain yang meniru PUBG supaya membawakan sesuatu yang baru kepada genre baru ini. Peniruan mod PUBG secara menyeluruh akan menyebabkan pemain menjadi bosan dan ini akan mendatangkan kesan negatif kepada industri.

Fenomena PUBG memang tidak dapat disangkal lagi. Walaupun masih di dalam mod Beta, ia dimainkan jutaan pengguna di seluruh dunia. Versi konsol dan permua telahpun dibagunkan. Mod ini kemudian ditiru oleh Fortnite dan Vainglory.


TIPS & ULASAN