Skip to main content

Fortnite sebelum ini sedia menawarkan permainan Battle Royale secara percuma – yang mana menawarkan bentuk permainan yang lebih kurang sama seperti PUBG. Terkini, untuk tempoh terhad, pihak pembangunnya turut menawarkan sebuah mod terhad yang membolehkan anda bermain 50v50.

Fortnite

Melalui mod Battle Royale, ia memerlukan pemain atau pasukan mereka bersatu dalam menjadi yang terakhir kekal hidup dalam permainan berkenaan. Dengan 50v50 ini, anda boleh bersama ramai kawan-kawan anda untuk bermain bersama dan menjadi yang paling akhir kekal dalam permainan berkenaan.

Fortnite menawarkan mod permainan ini sehingga 17 Disember 2017 ini. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan permainan Battle Royale ini secara percuma, dan memainkannya mulai hari ini.

Leave a Reply