Wan Hazmer minggu ini akhirnya mengumumkan nama bagi studio pembangun permainannya iaitu Metronomik. Beliau mengumumkannya semalam di laman Facebook beliau dengan berkongsi sebilangan informasi berkenaan syarikat beliau bersama peluang pekerjaan bagi mereka yang berminat untuk menyertai beliau.
Seperti yang dilaporkan oleh kami pada bulan lepas, studio pembangun permainan Wan Hazmer, Metronomik akan bertempatkan di Bangsar South Komune tambahan beliau juga mendirikan cawangan di Jepun sebagai cawangan khas yang memfokuskan perkembangaan perniagaan.
Wan Hazmer juga berkongsi berkenaan visi dan misi syarikat beliau dimana beliau ingin menggunakan rentak muzik akan diintegrasikan di dalam permainan pertama. Namun beliau juga menyatakan ia bukanlah sebuah permainan rentak muzik.
Pada November yang lepas, kami juga sempat menemu ramah Wan Hazmer yang mana beliau menyatakan permainan kegemaran beliau adalah permainan rentak muzik. Mungkin juga ini akan memain peranan penting di dalam pembangun permainan pertama beliau.
Pada masa yang sama, Wan Hazmer juga merancang untuk mengembangkan syarikat beliau menawarkan pembangun-pembangun permainan yang berminat untuk menyertai Metronomik. Untuk informasi lanjut berkenaan peluang pekerjaan tersebut, anda boleh melayari laman Facebook Wan Hazmer.
Buat masa ini, Wan Hazmer tidak berkongsi sebarang informasi tambahan berkenaan permainan pertama beliau. Namun seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi sebarang informasi lanjut setelah Wan Hazmer mengumumkan kelak.