Pada pertengahan bulan ini, kita digemparkan dengan kontroversi permainan Star Wars Battlefront II berkenaan isu mikro-transaksi dan sistem lootbox yang terdapat di dalam permainan tersebut. Kontroversi tersebut menyebabkan pelbagai isu seperti isu dimana pihak Belgium mengharamkan sistem lootbox kerana ia melibatkan perjudian dan sebagainya.

Namun hari ini, tampaknya Electronic Arts bakal menerima impak negatif yang lebih besar dimana kontroversi-kontroversi tersebut melibatkan kejatuhan saham syarikat tersebut sehingga melebihi $3 billion.

Menurut laporan CNBC, saham EA jatuh sehingga 8.5% dengan pengurangan pemegang saham sebanyak $3.1 billion. Berbanding dengan Take-Two dan Activision Blizzard dimana saham mereka meningkat sehingga 5% dan 0.7% pada jangka masa yang sama.

Kesan daripada kontroversi tersebut juga menyebabkan hasil jualan permainan tersebut tidak begitu memberansangkan sehingga pengurangan sebanyak 61% bagi edisi fizikal permainan Star Wars Battlefront II berbanding permainan pertamanya yang dilancarkan 2015 lepas di UK.

Kesan ini juga bakal memberi risiko yang sangat besar terhadap syarikat tersebut dimana Electronic Arts merupakan salah satu pengeluar permainan yang sangat meluas dengan pelbagai permainan yang dikeluarkan oleh mereka seperti siri permainan suka FIFA dan Battlefield, kini mempunyai risiko yang sama seperti permainan Star Wars Battlefront II.

Dengan segala perhatian yang diberi oleh media dan komuniti permainan video berkenaan isu ini, Electronic Arts semestinya perlu mengubah sistem pengewangan bagi permainan tersebut dan juga permainan-permainan mereka pada masa akan datang untuk memenangi kembali pemain-pemain video di seluruh dunia.

Sohor Kini