CD Projekt Red baru-baru ini menyatakan bahawa permainan terbaru mereka, Cyberpunk 2077 bakal menyertakan fungsi elemen atas-talian dimana ia memberi sedikit keraguan bagi peminat berkenaan elemen tersebut. Terutamanya dengan kontroversi mikro-transaksi EA terhadap permainan Star Wars Battlefront II yang membuat ramai pemain risau dengan fungsi elemen atas-talian.
Namun, minggu ini CD Projekt Red menyatakan di akaun rasmi Twitter mereka bahawa elemen atas-talian bagi permainan Cyberpunk 2077 tidak akan mempunyai sebarang elemen tersembunyi dan bakal mengandungi kandungan seperti permainan mereka sebelum ini, iaitu The Witcher 3 Wild Hunt.
.@PrettyBadTweets Worry not. When thinking CP2077, think nothing less than TW3 — huge single player, open world, story-driven RPG. No hidden catch, you get what you pay for — no bullshit, just honest gaming like with Wild Hunt. We leave greed to others.
— CD PROJEKT RED (@CDPROJEKTRED) November 19, 2017
Menurut CD Projekt Red juga, permainan Cyberpunk 2077 akan mengandungi elemen permainan secara solo yang sangat luas, disamping bentuk permainan dunia terbuka. Menariknya, mereka juga menyatakan dengan sinis bahawa mereka akan membiar ketamakan kepada pembangun yang lain. Sekaligus ia merupakan maklum balas berkenaan isu kontroversi mikro-transaksi yang berlaku baru-baru.
Ini merupakan berita yang sangat menggembirakan bagi peminat CD Projekt Red dimana mereka tidak mengikuti tindakan dari pembangun yang lain dengan mikro-transaksi dan sebagainya.
CD Projekt Red masih belum mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan Cyberpunk 2077. Menurut mereka, permainan tersebut akan dilancarkan, apabila ia sedia untuk dilancarkan.


