CD Projekt Red, terkenal dengan siri permainan The Witcher, menyatakan bahawa permainan terbaru mereka, Cyberpunk 2077 bakal mengandungi bentuk elemen atas-talian untuk memastikan jangka-hayat yang panjang permainan tersebut.
Ketika ditemu ramah Strefa Inwestorow, Adam Kiciński CEO bagi CD Projekt Red menyatakan bahawa mereka ingin mencuba sesuatu yang baru bagi permainan Cyberpunk 2077 yang mana mereka belum mencubanya di permainan The Witcher.
Beliau juga menyatakan bahawa mereka ingin menyasarkan permainan tersebut akan menjadi sebuah satu kejayaan komersial bagi mereka. Dengan elemen atas-talian bagi permainan tersebut, beliau percaya bahawa ia akan memberi kejayaan jangka-hayat yang lebih tinggi bagi permainan Cyberpunk 2077.
CD Projekt Red masih belum mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan Cyberpunk 2077. Menurut mereka, permainan tersebut akan dilancarkan, apabila ia sedia untuk dilancarkan.