Skip to main content

Lanjutan dengan isu kontroversi mikro-transaksi buat permainan Star Wars Battlefront II, EA hari ini mengambil keputusan untuk memberhentikan segala mikro-transaksi bagi permainan tersebut buat sementara waktu.

Dengan sistem lootbox yang semakin menjadi satu kebiasaan buat permainan video sekarang, EA baru-baru ini melancarkan permainan Star Wars Battlefront II dimana sistem lootbox buat permainan tersebut menjejaskan keseimbangan permainan.

Namun, EA mengambil keputusan untuk memberhentikan segala sistem lootbox dan mikro-transaksi bagi permainan tersebut buat sementara waktu dengan harapan mereka akan membuat mengubah-suaian bagi permainan tersebut pada masa akan datang. EA juga memohon maaf dan berharap pemain akan terus memberi sokongan terhadap permainan tersebut.

Tindakan ini merupakan suatu yang wajar bagi pihak EA kerana kontroversi ini menjadi semakin diluar kawalan dimana ia dikecam oleh seluruh peminat Star Wars dicampur dengan isu sistem lootbox dikaitkan dengan satu perjudian. Tindakan ini juga bermakna, sistem mikro-transaksi tersebut akan tiba semula pada masa akan datang buat permainan tersebut, namun ia merupakan langkah bijak untuk pembangun mendengar rintihan pemain supaya perkara ini tidak lakukan oleh pembangun-pembangun permainan yang lain.

Ketika artikel ini ditulis, EA dan DICE masih tidak lagi berkongsi berkenaan kemaskini sistem mikro-transaksi tersebut. Namun, bagi mereka yang sedang bermain permainan Star Wars Battlefront II sekarang, anda perlu membuat kemajuan permainan secara berterusan tanpa sebarang proses pintas dengan pembelian lootbox. Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini berita ini setelah EA mengumumkan kemaskininya kelak.

Leave a Reply