PlayerUnknown’s Battlegrounds pada minggu ini telah mengumumkan pencapaian mereka berjaya menjual lebih 10 juta salinan permainan dalam tempoh sekitar enam bulan, dan hari ini, mereka merekodkan satu lagi pencapaian baru. Mengikut data statistik, hari ini, lebih daripada 1 juta pemain telah memainkan permainan berkenaan pada waktu yang sama – sekaligus menjadikan ia salah satu permainan popular yang dimainkan ramai setiap hari.

Sebelum ini, angka 1 juta pemain bermain serentak hanya pernah dicapai oleh Dota 2 sahaja di Steam, dan PUBG menjadi permainan kedua mencapai angka berkenaan.

PUBG merupakan permainan berbentuk Battle Royale yang popular, dan menawarkan bentuk permainan yang ringkas dan mudah dimainkan. Bagi anda yang ingin mencuba permainan ini, mungkin perlu mendapatkannya melaui beberapa kaedah berbeza, memandangkan kedai-atas talian Steam dihalang akses buat masa ini untuk pengguna tempatan.

Sohor Kini