Informasi Permainan Video Terkini
PlayerUnknown’s Battlegrounds Kini Telah Terjual Lebih 10 Juta Salinan
PC

PlayerUnknown’s Battlegrounds Kini Telah Terjual Lebih 10 Juta Salinan

Diterbitkan pada Sep 5, 2017 oleh .

PlayerUnknown’s Battlegrounds merupakan salah satu permainan yang mencipta pelbagai rekod baru pada tahun 2017 ini, selain turut menjadi bualan ramai. Terkini, pembangunnya mengumumkan satu lagi pencapaian menarik untuk mereka, dimana permainan berkenaan kini telah terjual lebih 10 juta salinan di Steam.

PlayerUnknown’s Battlegrounds telah ditawarkan di Steam dibawah Early Access sejak bulan Mac yang lepas, dan kini dalam jangka masa sekitar 6 bulan, mereka telah menjual lebih 10 juta salinan seluruh dunia. Memandangkan PlayerUnknown’s Battlegrounds hanya ditawarkan di PC sahaja, malah masih belum ditawarkan dalam bentuk versi akhir lagi, maka pencapaian ini boleh dikatakan sangat membanggakan.

Melalui permainan ini, pemain akan memainkan konsep Battle Royale, dimana anda akan dihimpunkan di suatu lokasi, dan perlu bertahan dengan membunuh pemain yang lain. Pemain paling terakhir bertahan akan dinobatkan sebagai pemenang. PlayerUnknown’s Battlegrounds atau turut dikenali dengan nama PUBG ini juga bakal hadir ke Xbox One tidak lama lagi.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah mencuba permainan in? Adakah anda mengemarinya?