Informasi Permainan Video Terkini
SKMM Menyekat Akses Kedai Permainan Atas-Talian Steam
PC

SKMM Menyekat Akses Kedai Permainan Atas-Talian Steam

Diterbitkan pada Sep 8, 2017 oleh .

Lanjutan dari isu permainan Fights Of Gods yang menjadi kontroversi, kini SKMM menyekat laman rasmi kedai permainan atas-talian iaitu Steam.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai aplikasi Steam tersebut, segala permainan yang dibeli oleh pelanggan masih lagi boleh dimain, termasuklah permainan multi-pemain secara atas-talian. Dukacitanya anda tidak dapat mengakses laman kedai atas-talian tersebut sekaligus anda tidak boleh membeli sebarang permainan.

Ketika artikel ini ditulis, SKMM masih lagi tidak memberi apa-apa kenyataan rasmi dan seperti biasa kami di Aksiz akan mengemaskini berita ini.