Informasi Permainan Video Terkini
Sword Art Online: Fatal Bullet Diumumkan Untuk PS4, Xbox One Dan PC
PC

Sword Art Online: Fatal Bullet Diumumkan Untuk PS4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada Ogos 19, 2017 oleh .

Awal minggu ini, Bandai Namco memperlihatkan teaser trailer untuk permainan Projekt #1514, kini Bandai Namco akhirnya mengumumkan nama untuk permainan tersebut iaitu permainan terbaru Sword Art Online: Fatal Bullet. Ia bakal dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada awal tahun 2018 secara global.

Sword Art Online: Fatal Bullet adalah permainan penembak pandang ketiga yang mengandungi unsur RPG. Ia adalah siri permainan Sword Art Online yang pertama yang mengambil permainan dari siri anime, Gun Gale Online, permainan realiti maya MMORPG berdasar anime Sword Art Online musim kedua.

Awal bulan ini juga, PSN Store menawarkan permainan  Sword Art Online: Hollow Realization sebagai promosi bulanan PSN Store. Anda boleh mendapatkan permainan tersebut dengan harga yang murah. Sword Art Online: Hollow Realization adalah permainan pre-kuel dari permainan Sword Art Online: Fatal Bullet yang baru sahaja diumumkan oleh Bandai Namco.