Informasi Permainan Video Terkini
Anda Kini Boleh Dapatkan Siri Permainan Sword Art Online Pada Harga Diskaun Melalui Promosi Bulanan PSN

Anda Kini Boleh Dapatkan Siri Permainan Sword Art Online Pada Harga Diskaun Melalui Promosi Bulanan PSN

Diterbitkan pada Ogos 2, 2017 oleh .

Anda kini boleh dapatkan siri permainan Sword Art Online Hollow Realization untuk konsol Playstation 4 pada harga serendah RM131.40 di PSN Store dan juga pass musim dengan hanya serendah RM59.40. Kebiasaannya, permainan ini ditawarkan pada harga mencapai RM219 untuk versi digital.

Tambahan juga, Sword Art Online Hollow Realization dan Sword Art Online Lost Song untuk PSVita juga mendapat diskaun serendah RM95.40 dan RM90. Penambahan permainan tersebut juga akan dijual dengan harga diskaun serendah RM28.80. Bagi anda yang melanggani Playstation Plus, anda juga bakal menerima 5% diskaun tambahan.

Sword Art Online Hollow Realization adalah permainan diadaptasi dari siri anime terkenal Sword Art Online. Ia dilancarkan tahun lepas pada 8 November 2016. Permainan tersebut dibangunkan oleh Aquria dan dikeluarkan oleh Bandai Namco. Ia merupakan siri permainan yang ke-empat selepas Sword Art Online: Infinity Moment untuk PSP, Sword Art Online Hollow Fragment untuk PSVita dan Sword Art Online Lost Song untuk PS3 dan PSVita.

PSN Store : Promosi Jualan Bulanan