Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Memperlihatkan Teaser Untuk Permainan Projekt #1514

Bandai Namco Memperlihatkan Teaser Untuk Permainan Projekt #1514

Diterbitkan pada Ogos 14, 2017 oleh .

Hari ini, Bandai Namco telah hadir dengan sebuah teaser trailer terbaru, dinamakan sebagai Projekt #1514. Ia dilihat merupakan untuk sebuah permainan video akan datang yang dibangunkan oleh Dimps.

Dimps ialah pembangun permainan yang terkenal dengan siri permainan perlawan seperti siri permainan Dragonball Xenoverse dan Street Fighter. Trailer tersebut memaparkan seakan sebuah kawasan peperangan bersama bunyi tembakkan seakan kawasan bandar yang sudah lama terbiar.

Buat masa ini, kami masih lagi belum ketahui apakah permainan yang bakal diumumkan oleh Bandai Namco ini. Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini informasi permainan ini setelah ia diumumkan oleh Bandai Namco kelak.