Jagex iaitu pembangun untuk permainan MMORPG RuneScape telah mengumumkan kerjasama dengan Titans Comic untuk menebirtkan siri komik bagi mengembangkan lagi penceritaan bagi permainan tersebut.
Komik yang akan menggunakan judul Runescape: Untold Tales of the God Wars akan mempunyai 4 bahagian. Ia akan ditulis oleh Ryan O’Sullivan dan dilukis oleh Sid Kotian dan juga Daniel Bayliss. Komik ini akan dilancarkan bermula pada bulan 9 Oktober ini.

Bagi jilid pertama, muka depan akan dilukis oleh Alan Quah, Ivan Shavrin, Sid Kotian, Alex Moore dan juga Dave Barker iaitu Ketua Artis Konsep untuk RuneScape.
Komik ini akan memfokuskan kepada penceritaan Maro yang terperangkap di dalam satu konflik dan mempunyai impian untuk bebas daripada cengkaman pemiliknya.
RuneScape sudah dilancarkan sejak tahun 2001 untuk PC, iOS dan juga Android dan telah mempunyai 320 juta akaun berdaftar.
Titan Comics sebelum ini telah menerbitkan komik berdasarkan permainan video lain seperti Life is Strange dan Horizon Zero Dawn.


