Informasi Permainan Video Terkini
Cerita Max Dan Chloe Daripada Life is Strange Diteruskan Dalam Bentuk Komik

Cerita Max Dan Chloe Daripada Life is Strange Diteruskan Dalam Bentuk Komik

Diterbitkan pada Okt 24, 2018 oleh .

Penulisan ini akan mengandungi beberan(spoiler) untuk permainan musim pertama Life is Strange, terutama bagi bahagian akhir untuk permainan ini.

Bagi pemain yang sudah menghabiskan permainan ini, anda akan tahu yang pada pengakhiran permainan ini, pemain diberi dua pilihan untuk menghentikan ribut taufan yang sedang berlaku.

Pemain perlu memilih untuk kembali ke awal permainan dan membiarkan Chloe ditembak mati dan sekaligus menghentikan dari ribut taufan menghancurkan bandar Arcadia Bay.

Satu lagi pilihan adalah membiarkan ribut taufan menghancurkan Arcadia Bay, tetapi Max dan Chloe selamat. Bagi yang kecewa dengan pilihan kedua ini kerana tidak disertakan dengan penceritaan lanjut, kini anda boleh mengetahuinya.

Titan Comics mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan satu komik yang meneruskan penceritaan untuk pilihan kedua. Di dalam komik tersebut ia akan menyentuh dilema moral yang perlu dihadapi oleh Max dan Chloe selepas memilih untuk membiarkan Arcadia Bay dihancurkan.

Judul pertama akan dikeluarkan pada 14 November 2018. Kebiasaan komik dari Titan Comics boleh didapati melalui Comixology secara digital, namun buat masa ini komik Life is Strange tersebut masih tidak disenaraikan.


TIPS & ULASAN