Tampaknya bagi anda yang menanti sekuel buat permainan Horizon Zero Dawn, anda mungkin akan mendapatnya lebih awal, namun dalam bentuk komik di mana Titan Comics minggu ini mengumumkan yang mana Horizon Zero Dawn akan menerima adaptasi komik menjelang Mei tahun hadapan.

Menurut kenyataan rasmi, komik ini bertempatkan selepas penceritaan utama permainan tersebut yang akan memfokuskan watak Talanah dan beberapa raksasa robot baharu. Komik ini akan dituliskan oleh Ann Toole dan karya dihasilkan oleh Ann Maulina.

Semestinya ini tidak bermakna sekuel permainan Horizon Zero Dawn akan diambil ataupun diterjemahkan melalui komik bahkan kami percaya komik ini hanya akan memfokuskan penceritaan sampingan di dalam dunia Horizon Zero Dawn sahaja.

Seperti biasa kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan.

Selain itu, Titan Comics juga umum komik Blade Runner 2019, Adler dan sebagainya melalui pengumuman yang sama.

Leave a Reply