Far Cry 6 Menerima Penambahan Lost Between Worlds Hari Ini

Ubisoft hari ini telah melancarkan penambahan baharu untuk Far Cry 6 iaitu Lost Between Worlds yang disertakan bersama dengan Upgrade Pass ataupun dibeli secara berasingan. Di dalam penambahan ini pemain meneruskan penceritaan Dani Rojas.

Di dalam Far Cry 6: Lost Between Worlds pemain akan terus menjadi Dani Rojas di kawasan Yara yang telah hancur selepas jatuhnya meteorit. Dani Rojas akan ditemani oleh Fair iaitu satu makhluk angkasa lepas, dan pemain perlu membantu untuk membaiki kapal angkasanya.

Untuk melakukannya, pemain perlu menyelesaikan lebih 15 cabaran yang digelar sebagai Rifts dan perlu mengalahkan pelbagai penjahat baharu seperti Shardfaces, Humanoid dan Animal Crystalline. Menyelesaikannya pemain akan mendapat peralatan yang boleh digunakan di dalam permainan asas Far Cry.

Far Cry 6 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC melalui Ubisoft Store dan juga Epic Games Store. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Far Cry 6 – Permainan Yang Perlukan Revolusi Segera.

Sohor Kini