Spider-Man: No Way Home adalah antara filem paling epik tahun ini. Ia menutup tahun 2021 untuk peminat Spider-Man dan MCU dengan baik. Filem ini padat dengan aksi, emosi dan juga easter egg untuk masa depan Sony’s Spider-Man Universe dan Marvel Cinematic Universe.

Filem ini juga merupakan langkah awal untuk MCU bermain dengan konsep multiverse, selepas ia diperlihatkan dalam WandaVision dan Loki. Ia adalah antara fasa sebelum kita saksikan Dr. Strange and the Multiverse of Madness Mei tahun hadapan.

Bercakap mengenai multiverse, No Way Home turut membawa kembali penjahat daripada filem lama Spider-Man ke dalam MCU seperti Doc Ock, Green Goblin, Electro, Sandman dan Lizard dengan pelakon yang sama. Ia adalah antara fan service terbaik dalam filem ini. Dengan kejayaan menarik hati peminat membawa kembali watak-watak ini, Sony Pictures dilaporkan ingin teruskan strategi ini.

Sony Pictures dikatakan berminat untuk menghasilkan projek solo Electro yang kekal dilakonkan oleh Jamie Foxx. Electro atau nama sebenar Max Dillon kali pertama muncul dalam filem The Amazing Spider-Man 2 bersama dengan Spider-Man versi Andrew Garfield. Tetapi buat masa ini ia hanya rancangan awal dan masih tidak pasti ia akan menjadi kenyataan ataupun tidak dan adakah Andrew akan kembali melibatkan diri juga turut menjadi persoalan?

Sony setakat ini telah berjaya membawa filem solo penjahat ke pawagam dengan dua filem Venom dan tahun hadapan antara yang ramai nantikan adalah Morbius. Jika projek ini menjadi kenyataan, ia mungkin akan berkait dengan projek lain seperti Kraven The Hunter lakonan Aaron Taylor-Johnson, SPider-Woman arahan Olivia Wilde, Dusk, Silk atau Jackpot.

Leave a Reply