Lanjutan berkenaan penutupan studio pembangun permainan Telltale Games hujung minggu lepas, mereka juga mengumumkan bahawa salah satu permainan yang dibangunkan oleh mereka iaitu siri permainan berdasarkan siri Netflix, Stranger Things juga akan dibatalkan.

Terkini, melalui laporan Engadget, terdapat seorang pengguna di Reddit memuat-naik sebilangan konsep karya seni dan sebilangan adegan bersama bentuk permainan Stranger Things oleh Telltale Games di Reddit.

Berdasarkan kualiti adegan bersama dengan rekaan karya seni tersebut, pada pendapat kami ianya sememangnya kelihatan sangat menarik. Bukan sahaja rekaan tersebut mengekalkan konsep rekaan Telltale Games, malah ianya masih lagi mempunyai elemen-elemen yang terdapat daripada siri Netflix tersebut.

Berdasarkan apa yang dipaparkan, watak Joyce Byers dan Will Byers diperlihatkan dimana pemain tampaknya akan mengawal watak Will. Selain itu, raksasa Demogorgon juga diperlihatkan.

Bagi anda yang berminat untuk menonton adegan-adegan tersebut, anda boleh menontonnya di bawah

 

Walaupun sudah rasminya permainan Stranger Things oleh Telltale Games telah pun dibatalkan. Namun, Netflix baru-baru ini menyatakan bahawa mereka masih lagi berminat untuk menghasilkan permainan buat siri Stranger Things tersebut.

Leave a Reply