Hampir dua tahun lepas, Wau Animation telah mengacahkan projek baharu mereka dengan judul ‘Gelecek’, terbaru mereka akhirnya berkongsi satu klip baharu yang memperlihatkan seorang remaja wanita mengelecek bola sebelum mengakhiri dengan Gelecek: Sedang Dibangunkan.

Video ini juga mengesahkan arahan seni bagi projek ini yang mengambil inspirasi daripada filem animasi  Spider-Man: Into The Spider-Verse serta Across The Spider-Verse. Namun tidak disahkan jika ini akan menjadi rekaan akhir atau sekadar untuk klip ini sahaja.

Mereka juga masih tidak mengumumkan tarikh tayangan atau siaran untuknya. Buat masa ini, Wau Animation sedang membangunkan Ejen Ali the Movie 3 yang akan ditayangkan pada 2028 dan projek animasi berdasarkan Nirnama yang juga masih tiada tarikh penerbitannya.

Leave a Reply