Wau Animation dan Primeworks Studios telah mengumumkan yang Ejen Ali the Movie 3 akan ditayangkan pada tahun 2028. Pengumuman ini dilakukan melalui perkongsian poster yang memperlihatkan nombor tiga yang dikongsi di akaun X Ejen Ali.

Filem sebelum ini, iaitu Ejen Ali the Movie 2 telah menjadi antara animasi tempatan dengan kutipan tertinggi selepas mengutip melebihi RM50 juta sepanjang tayangannya, hanya di atas oleh filem Papa Zola the Movie.

Maklumat lanjut untuk filem ini sudah semestinya akan dikongsi pada masa hadapan.

Leave a Reply