Peringkat kelayakan esukan bagi acara Honor of Kings ke Sukan Asia Ke-20 Aichi-Nagoya 2026 secara rasmi telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan sembilan pasukan mengesahkan tempat ke pusingan akhir.
Dalam saingan kelayakan yang berlangsung dari 13 hingga 21 Jun itu, negara yang berjaya menempah slot ialah Filipina, Indonesia, Korea Selatan, Nepal, Hong Kong (China), Kazakhstan, Laos, Myanmar, dan Vietnam. Kesemua pasukan ini bakal menyertai China, Malaysia, dan Thailand yang terlebih dahulu layak secara automatik ke acara utama tersebut,selaku tiga pasukan terbaik untuk Sukan Asia 2022.


Kejohanan kelayakan ini menghimpunkan barisan pemain dari pelbagai rantau termasuk Asia Tenggara hingga Asia Timur untuk bersaing merebut peluang mewakili negara masing-masing di temasya berkenaan. Maklumat lanjut mengenai senarai rasmi barisan pemain serta jadual penuh pertandingan hanya akan diumumkan menjelang bermulanya temasya Sukan Asia 2026.
Honor of Kings sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.


