Skip to main content

Snapdragon Pro Series Mobile Master – Mobile Legends Bang Bang 2025 anjuran ESL FACEIT akan berlangsung secara rasmi bermula 7 April ini di Jakarta, Indonesia yang akan melibatkan 12 pasukan untuk merebut hadiah tunai $200 ribu.

Pasukan-pasukan yang akan terlibat dengan kejohanan ini adalah seperti berikut:

  • Team Liquid ID
  • ONIC PH
  • ONIC
  • Team Falcons
  • Bigetron Esports
  • RRQ Hoshi
  • Aurora Turkiye
  • Papara SuperMassive
  • Team Falcons MENA
  • Alpha 7 Esports
  • Influence Rage
  • YBINGAME

Penganjuran kali ini tidak akan melibatkan pasukan dari Malaysia kerana pasukan harapan Malaysia, Selangor Red Giants sebelum ini tersingkir di peringkat kumpulan untuk Mobile Legends: Bang Bang Snapdragon Pro Series Asia Pasifik – Challenge Finals.

Berikut merupakan jadual untuk kejohanan ini:

  • Peringkat Kumpulan: 7 – 9 April 2025
    • 12 pasukan dibahagikan kepada 2 kumpulan
    • Satu Pusingan Robin, Bo3
    • Tempat pertama setiap kumpulan mendapat bye
    • Tempat kedua dan ketiga setiap kumpulan ke Playoff
  • Playoff: 11 – 13 April 2025
    • 11 April – Suku Akhir, Bo5
    • 12 April – Separuh Akhir, Bo5
    • 13 April – Peringkat Akhir, Bo7

Anda boleh mengikuti kejohanan ini secara penstriman di mana-mana saluran rasmi Snapdragon Pro Series dan juga di Tennis Indoor Stadium, Jakarta, Indonesia untuk peringkat Playoff.

Leave a Reply